Tuesday 8 September 2015

To Love someone is not Easy

Bukan mudah untuk aku beri kasih sayang pada seseorang
aku perlukan masa untuk kenal dan tahu luar dalam seseorang untuk aku lebih memahami dia
aku tidak suka orang memaksa aku untuk aku faham dia
aku suka orang tu bagi aku laluan dan masa untuk aku masuk dalam hidup dia secara perlahan
bukan paksaan. (TEKANAN)

Kalau takdir kata aku akan mencintai seseorang biarlah ianya berlaku secara semula jadi
bukan paksaan atau apa.
aku seorang yang sukar untuk mencintai seseorang meski aku cuba tapi tak boleh
ianya selalu berlaku semula jadi 
aku kena selalu jumpa nampak dan  rasa bahawa dia sayangkan aku
aku seorang yang tidak begitu yakin dengan diri
aku rasa siapalah aku untuk orang sayangkan aku
aku sayangkan seseorang dengan sepenuh hati 
dan akhirnya kecewa 
persahabatan yang sememgnya sukar untuk di kukuhkan
persahabatan yang banyak haluan dan cabaran
dan aku 
aku tahu hakikatnya dia tak pernah sayangkan aku
dia tak pernah rasa apa yang aku rasa
sebab dia bukan sayangkan aku
cuma dia anggap aku kawan biasa yang dia ada di mana-mana
bersepah dan terima kasih sbb pernah berlakon jadi sahabat idaman aku
dan sekarang kau ada hidup kau
aku ada hidup aku
kalau boleh aku taknak jumpa kau
jadi janganlah jumpa aku
kalau nampak aku
tahu aku siapa
tahu aku di mana dan jangan pernah sesekali datang dekat
sebab aku dah padam siapa kau dalam hidup aku
siapa engkau bagi aku 

aku sangat kecewa dengan sikap kau yang tak pernah tahu aku sanggup
berkorban untuk kau
aku sanggup buat apa sahaja untuk luangkan masa dengan kau
tapi kau tak perasan dan kau tak faham
apa itu sahabat sebab bagi kau aku dah mati dan tak wujud
sbb kau ada insan lain yang sayangkan kau
dan kau rasa mereka lebih penting
ya terima kasih untuk itu semua
dan aku harap kau buang segalanya kenangan aku dengan kau
sebab bagi aku itu semua sampah.

semua kenangan kau
gambar kau,hadiah kau aku buang dan aku takkan sesekali menyesal
aku kalau sayangkan orang memang aku sayang sangatx2 
tapi kalau sekali aku benci aku akan benci betulx2.

No comments:

Post a Comment